childhood time is like drunk , everyone remembers everything that we’ve done except us …
childhood time is like drunk , everyone remembers everything that we’ve done except us …
jodoh itu rahsia Tuhan ,
sebagai hamba Allah yang beriman ,
kita seharusnya redha dengan ketentuan …
andai dia jodoh ku ,
hanya 1 pintaku …
agar dia meredhai aku …
kerana redhanya adalah kunci syurga ku ..
dan andai aku jodohnya ,
ku harap ,
aku mampu menjadi yang terbaik untuk dirinya ..
agar hidupnya dihiasi cahaya iman ..
aku ingat kata-katanya ..
” biarlah dia kasihkan aku , tapi cintakan Allah .. ” :’)
ada ketikanya aku terleka ,
sibuk mengejar bahagia dunia ..
ada ketikanya aku terlena ,
dibuai mimpi kisah dunia ,
ada ketikanya aku terjaga ,
pabila ujian datang menimpa ,
ada ketikanya aku kecewa ,
kerana yang dihajati tidak diterima ..
namun ,
kerana kekecewaan itulah membawa aku kepada kesedaran ,
kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara , kisah dunia , pabila tiba masanya
pasti akan menemui noktah …
tidak perlu dibangga dengan apa yang kau miliki di dunia kerana kelak ,
disaat Allah menuntut janjimu , kau hanya kembali membawa amalan mu ..
jika amalan hanya sebesar zarah , jangan berani bermimpi pun untuk memasuki jannahNya …
(Source: coretancintagengmuslimah.blogspot.com)